Monday 29 April 2013

Simple Segmen by Sally Samsaiman

Tarikh tutup: 13hb Mei 2013
Gud Luck semua...

Wednesday 24 April 2013

KaD Si MaNjA TaWaS FaRiS

Dan akhirnya permohonan untuk anak sulungku berjaya jugak..hehe..
Mana acik adek sorang ajer yang dapat..haha
Kalau nak tau sekarang ada promosi berlangsung selama 6 bulan tau
Cuma tunjuk kad Tawas tu dapat la diskaun..
So, kalau rajin bawak la anak-anak ke sana
Aku belum tentu rajin..hehe



Monday 22 April 2013

HeArT ShApEd CoNtAiNeR @ LoVe TuPpErWaRe PiLiHaN HaTi

Jujurnya ianya pilihan hati aku bukan pengantin..haha..kejam tak??
Tapi hasutan aku berjaya meyakinkan adik aku untuk jadikan love tupperware sebagai doorgift
Haa...ini timbunan tupperware sebelum diproses
Taraa...sebahagian dari tupperware yang dah di tampal sticker dan reben

Haha..kiut kan???
Ni tak habes lagi...sebab kakak aku gediks nak tambah lagi tupperware tu
Kiut sangat katenyer...Kasik ramai sikit yang dapat

So, lepas ni misi aku ke kedai beli lagik tupperware ni + ikat reben another 300pcs..
Hadoiyai....

Dah macam tokei tupperware dah aku..haha..
Takper-takper..ada sesiapa nak order ke??bagitau aku..haha




Wednesday 17 April 2013

KeYcHaiN DaRi Blogger lobaksusue

Haa...ni lah benda nya. Main teka-teki..hahaha..
Daann...ada 2 pemenang..salah satu nya aku ler..hehe
Ni la dia hadiah yang aku dapat...
Nampaknya..bertambah lagi lah koleksi keychain aku hehe..
Thanks to Blogger Qasehnya Rania @ lobaksusue ;D



Monday 15 April 2013

"CiAn NeNeK"

Hampir seminggu tak hapdet pape kat sini..huhu..
Terbiar aje blog aku ni

Minggu lepas terpaksa Cuti Kecemasan balik kampung sebab mak tak sihat
Tiba-tiba dua-dua belah kaki mak tak boleh jalan
Kekejangan saraf kata doktor
Aku pon cuak la sebab tak pernah-pernah jadi cenggini..

Tapi..setelah beberapa hari aku tengok mak beransur pulih
Boleh jalan sikit-sikit walaupun masih terhencot-hencot dan kadang-kadang masih lagi mencucuk-cucuk sakit kata mak
Dah mau senyum dan gelak-gelak kalau tak haritu asik nanges ajer sampai bengkak mata

Dannn...Thanks to Faris sebab jaga nenek dan buat nenek senyum balik
Sebab aper??

Gara-gara tindakan spontan Faris waktu mak sendawa sebab banyak angin
Mungkin Faris tengok sebelum ni bila nenek berbunyi macam tu nenek terus muntah

So, masa nenek dah "Erk..erk..erk..." (bunyik sendawa haha..)
Faris boleh pulak cakap kat nenek "Opp..opp..." sambil tunjuk tapak tangan kat nenek
Terus dia kelam kabut lari ke bilik nenek
Kitorang ni terkedu la kejap ape bendelah budak tu buat
Rupanya dia keluar dari bilik nenek bawakkan besen untuk nenek muntah..
Habes 1 rumah gelakkan Faris...
Photo
Ready ikut atok ke masjid....
Macam besar sangat pulak Faris ni dari sepupu dia padahal sebaya..huhu



Monday 8 April 2013

TeLeKuNg PeRtAmA AmNi

Motif beli????
Sebab Amni selalu pakai songkok abang bila nampak abang solat
Bila dah belikan Amni telekung, abang pulak sebuk nak pakai telekung adik dia
Sabor je lah...

Kain telekung???Takyah lah asik tersadung ajer..hehe
Simpan jelah dulu



Friday 5 April 2013

Segmen Saya Mahu Review Blog Korang

Kalau nak join klik banner tu
Tarikh tutup 15 April 2013

ReLa AtAu TeRpAkSa

Tajuk tak bleh bla...haha
Nampak tak si kecik yang dah tak berapa kecik tu...
Suka hati dia aje nak landing kat mana
Abang pon redha ajer..

Thursday 4 April 2013

KeNaNgAn CiNtAn-CiNtUn

Gara-gara anak aku menyelongkar album lama terkeluarlah benda alah ni
Haaa....terimbau kenangan zaman bercinta dolu-dolu..
Masih lagi dengan Cik Abang tercinta (chewah...)

Cer tengok tarikh tu, tahun 2005 hokey...
Aku pegi dating kat zoo???Tengah hari buta pulak tu
Memang bukan 'feveret' aku..haha

Tempat 'feveret' aku haruslah shopping mall...kikiki...




Wednesday 3 April 2013

Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com



NAILI SHOPPE : Kedai Online Termurah Di Pasaran

Naili Shoppe merupakan pemborong, pengedar dan penjual pelbagai produk kecantikan, kesihatan, tudung (bawal, labuh, ratu), stoking buluh, shawls serta pelbagai jenis aksesori bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan kawasan sekitarnya.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Naili Shoppe ini ialah D’Herbs, Anugerah, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Nurbeautyline, Fellina, Megah Perawan, CocoaCollagen, Avail, Pamoga - Vida Beauty, Beauty Umairah, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Hijrah, Smartherbs, Pompure, D’Qistee, Produk Sunnah, Jerslin, Jamu Ratu Dara dan banyak lagi.

PEMBELIAN SECARA ONLINE AMAT DIALU-ALUKAN

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-
Puan Naili : 013-3913 349
Emel  : nailishoppe@gmail.com

Alamat Premis :
Naili Shoppe
T00-UF2, Blok C
Pangsapuri Putra Damai
Jalan P11E Presint 11
Putrajaya

Business Hours :
Isnin – Jumaat ( 10 pagi – 9 malam )
Sabtu – Ahad ( 10 pagi – 8 malam )


Syarat Penyertaan Giveaway
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Like Fanpage NailiShoppe dan Add To Circle Google+ Naili S
  3. Like Fanpage Keledek Pedas dan Add To Circle Google+ Dennis Zill
  4. Buat entri bertajuk Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
  7. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual.
  8. Giveaway ini akan berlangsung dari 12.01 pagi 23/3/2013 sehingga 11.59 malam 7/4/2013

Hadiah Giveaway - Wang Tunai Berjumlah RM 200.00
  • Pertama : RM 40 X 1 orang
  • Kedua : RM 30 X 2 orang
  • Ketiga : RM 20 X 2 orang
  • Keempat : RM 10 X 6 orang

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh Naili Shoppe dan Mykeledek dengan kerjasama Mialiana.com

GIVEAWAY : EDY 3 DESTINASI

Nak menang FM dari 3 destinasi?
Kalau nak cepat la join GA anjuran Daniel Zaidi
Hari ni last day tau.. 3hb April 2013

Monday 1 April 2013

4 TaHaP MeNdiDiK Anak MeNgiKuT SuNnAh

Huhuhu..baru ingat nak beli rotan...
Nampak nya tunggu 4 tahun lagi la baru boleh beli rotan ni hehe..
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink