Friday 27 September 2013

Love Tupperware - Order dari Klang

Thanks Adira...
Self collect @ my office
Congrats in advance on your wedding..

Nak isi telur katanya... ;)


Tuesday 17 September 2013

Lagi Kes Pecah Rumah

Rasanya baru je haritu rumah aku kene pecah
Tup tup hujung minggu tadi rumah Along aku pulak kene pecah dekat Mahkota Cheras

Kitorang semua balik kampung hujung minggu tadi
Kakak aku gerak balik hari Jumaat petang
Tiba-tiba hari Sabtu malam jiran Along aku call tanya ada kat mana
Motif????
Sebab dia nampak pintu rumah kakak aku ternganga tapi rumah gelap gelita

Malam tu jugak abang ipar aku gegas balik KL sensorang
Sesampai je...
Memang sah kene pecah..

Sampai berlubang diorang kerjakan grill umah Along aku
Barang-barang yang hilang termasuklah Laptop, Tab & TV LCD baru beli..huhu
Nasib baik barang kemas Along aku diorang tak jumpa
Kalau tak jadi la cam aku...huhu..

Tiap kali terkenang gelang nikah aku tu stress + sedey..hukhuk







Tuesday 10 September 2013

SEGMEN: JOM KLIK IKLAN BERSAMA FARAH SYAMIMI


Jom klik iklan kat bawah ni ye
(Jangan lupa clear cache & cookies tau..)
1
2
3
4

Jom join sama-sama
Sempat lagi ni
Tarikh tutup: 24hb September 2013

Sunday 8 September 2013

Selamat Hari Lahir buat Faris

Minggu yang memenatkan walaupun tak keluar kemana
Niat nak bawak budak-budak keluar sempena birthday Faris
Tapi Faris & Amni dua-dua tak sihat
Demam, muntah-muntah dan cirit-birit

So,En. Suami belila kek kecik jer..
Tanggal 8 September genapla umur Faris 3 tahun
Posing sikit dengan cake..
Sempatla Faris posing kejap
15 minit kemudian...
Kesian Faris..
Tak larat sangat dah dia
Suruh makan kek sikit pon dia tak nak :(

Semoga cepat sembuh sayang
Mama doakan Faris jadi anak yang bijak dan soleh..
Amin...










Tuesday 3 September 2013

Bertugas Di Pagi Hari

Seawal jam 8 pagi time aku tengah bersiap ke tempat kerja Faris pon memulakan tugasnya..
Huhu..angin ape ntah yang datang pepagi tu Faris rajin kemain

Sebenarnya dia main tisu je pon...
Lap sana sini terlap la kipas...
Tetiba dia jerit kat aku
"Mama mama ada 'taik'.."
Rupanya habuk kipas yang jatuh tu dia kate 'taik'

"Abang sapu boleh tak?" 
Hmm..Aku OK kan ajer
 
Selesai sapu 'taik' tu dia sambung kontrak sapu tempat meja belajar dia
Huhu...Harap -harap rajin sampai ke besar la nak yer...









Monday 2 September 2013

Bye Bye Cik Ija...

Ahad lepas kami sekeluarga beramai-ramai hantar adik ke UKM Bangi untuk sambung Degree in Mikrobiologi
Kalau nak tau nilah makcik kesayangan anak-anak aku
Sampaikan kakak- kakak aku cakap kat anak aku " Apela yang korang suka sangat kat Cik Ija tu?"

Hehe..mana tidaknya..
Nak makan ngan Cik Ija
Nak tido ngan Cik Ija
Nak mandi ngan Cik Ija
Cik Ija basuhkan "iyak"...haha
Suka aku tau bila dia ada...haha

Semalam anak-anak aku siap nanges bagai sebab nak tinggalkan Cik Ija
Tak pasal-pasal adik aku tu bercucuran jugak haha..
Yang tak tahan tu dia siap wajibkan kitorang (Faris & Amni) hantar dia haritu
Padahal bukan jauh mana pon..haha..
Sesi memeluk-meluk sebelum ditinggalkan..hehe
Bye-Bye Cik Ija..
Belajar rerajin k... 




 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink