Tuesday, 3 December 2013

PoTtY TrAiNiNg..BoLeHKe????

Last week aku belikan Faris potty @ 'moo moo'
Sebelum beli benda alah ni dah banyak jenis aku survey
Jenis yang terus letak kat mangkuk tandas dewasa tapi...aku takut anak aku tergolek dalam tu
Jenis terus letak kat mangkuk tandas dewasa tapi attach sekali ngan tangga kasik senang panjat..pon aku takut dia tergolek dalam mangkuk tuh
Jenis yang macam aku beli ni tapi sekali tengok design macam binatang yang boleh ditunggang, tapi kang anak aku dok main benda alah tu pulak

Last-last aku beli la yang bentuk ala-ala mangkuk tandas sebenar
Cuma chumell sikit..hehe
Faris excited sangat..
Dah beberapa kali buang air besar kat situ
Ada sekali tu dia cakap kat aku "Mama abang nak oohh" sambil muka macam nak nangis
Rupanya dia takut terber** dalam pampers, tapi tak pon

Lepas berjaya aku puji la sikit "Pandaila abang ni"
Budak ni pulak nasik tambah "Abang boleh kolahkan mama, Ami tak boleh, Ami ooh dalam pampers"Huhu..

Tapi tang nak latih buang air kecil kat toilet tu yang paling mencabar..
Hujung minggu tadi aku test la jugak buang pampers
Ada yang pass ada jugak yang tercicir..huhu

Mungkin baru lagi...Takpelah
Tapi aku takut Faris confuse
Kat rumah aku train dia buang air kat toilet tapi kat umah pengasuh buang air dalam pampers
Aku sure kakak pengasuh tu takde masa nak layan anak aku nak terkucil ngan terber** kat toilet sebab ada tambahan baby baru kat umah tu..

Camner tu???
Sekarang aku yang confuse..haha








1 comments:

Ct Noraishah said...

ya tak ya kan..kalau camtu nak wat camner lak?

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink