Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, 4 December 2014

My First Photobook! Fuh...Lega Dah Dapat

Alhamdulillah..Siap jugak..hihihi..
Dekat 2 bulan jugak nak menyiapkan benda alah nih..haha..teruk nau
Ni aku beli dekat Groupon dari Photobookmart
Harga asal RM 235, tapi Groupon ada promo dapatla aku RM 55
Kebetulan dapat RM 20 cash voucher dari Groupon lagi berganda-ganda la aku untung..hahahaha..
RM 35 untuk hard cover, 40 pages,  saiz 12 inci x 9 inci 
Jom tengok sikit isi nye :)








Wednesday, 17 September 2014

Rumah Baru Kami..

Alhamdulillah Isnin lepas En. Suami pergi ambil kunci dekat developer
So, Cuti Hari Malaysia semalam kami anak-beranak pergi menjenguk rumah baru tu...

Rumah kami tu tak besar sangat tak kecik sangat... :)
Belum ada orang duduk lagi dekat perumahan tu
& Banyaaakkkkkkk......lagi nak kene buat hehe...

Jom round rumah kami yang tak seberapa ni... ;)
Actually aku x berapa berkenan color rumah ni hehe..














Bahagian ruang tamu...pendek & sempit sikit
























































Sebelah kiri Faris tu Master bedroom




















Yang ni lorong menghala ke dapur..
Yang sebelah kanan tu deretan 3 bilik tidur
Bahagian dapur


Ni ruang tepi rumah
 Ni pulak ruang belakang rumah
Dalam banyak-banyak tempat ni yang menjadi pilihan anak-anak..huhu..
Padan muka aku ;(



Tuesday, 9 September 2014

Simple Celebration Untuk Abang

Memang tak plan ape pun..
Sorry la ye abang
Hari kerja mama & abah tak sempat nak prepare ape-ape
Nasib tak lupa beli untuk Amni sekali, 
Tapi adik punye kecik sikit la ye dari abang ;)
Kereta control untuk abang sebab dah pandai main
Yang tak pandai main mama beli kereta tak payah control (pusing lah kau tak renti-renti)
Hehe..last-last kitorang yang pening dengan kereta adik yang xrenti-renti berlagu
Walaupun just a simple celebration, mama & abah harap sangat abang happy...
We love U
huhu.. besau dah anak aku...






Monday, 8 September 2014

Happy 4th Birthday Mohamad Faris Amsyar

Selamat Hari Lahir Abang..
Mama doakan anak mama membesar jadi anak yang soleh, anak yang berjaya dunia & akhirat..
Amin...
8 September 

Wednesday, 26 February 2014

Testing Tudung Baru...

Sekejap je la lekat nye...hehe

Friday, 14 February 2014

InTrO TaHuN 2014

Haha..Nampak sangat pemalas yang amat
Bulan dua dah nak habes baru nak kasik intro tahun 2014

Tak sempat sebenarnya...
Sibuk buat kerja lain sampai lupa plak ade blog nak kene hupdate kikiki..
Kerja..kerja...kerja..

Dengan itu aku sajikan dengan gambar anak-anak yang berpakaian macam orang nak pegi kojer kata diorang..
aku tak kata...sebab aku tak pakai cenggitu..
Akan aku cuba merajinkan diri..
Boleh caya ker???hihi

Monday, 30 December 2013

Selamat Bertunang to My Cousin

Majlis berlangsung Sabtu lepas di Klang
Tahniah Yana...
Tak senang duduk aku kat kenduri sepupu aku..
Budak-budak nih asikla nak ke taman permainan
Yang paling tak terkawal si kecik tu..
Ntah ke mana ntah tak nampak pulak dalam gambar nih..
Nak menggelongsor aje kejernye...
Tak tau takot langsung..

Dengan aku skali serabai dok kat taman permainan tengah-tengahari buta

Tuesday, 17 December 2013

Pengasuh Anak EL Lagi..Huhu

Nak buat camne kan
Kita yang bekerja pon kekadang ambik EL gak

So, Jumaat lepas terpaksa hangkut budak berdua ni ke ofis
Nak cuti tak boleh sebab cuti dah licin huhu
En. Suami plak ada urgent meeting di Temerloh

Jadinya, pagi-pagi dah kene bersiap pergi kerja la..hihi
Budak-budak excited sangat.. Nak pergi keja katanya...Hmmm..yelahtu



















 Budak sorang nih memang tak leh buat ape
Suka hati dia nak melingkar kat mana-mana
Garang pulak tuh..huhu
Siap ber'picnic' lagi korang yer..
Macamla office ni mama korang yang punyer

Nasib baik boleh tido hehe...
Tenang kejap aku...
Abang take over kerja mama...
 
Time ni dah takde mood
Si kecik pon dah berangin ajer..huhu
Hohoho..ni kira first time aku hangkut dua-dua sekali ke office
Huru hara...hahaha






Wednesday, 16 October 2013

Suatu Hari Di Kedai Runcit...

Macam biasa..aku bila kat kedai runcit pon lama memusing-musing
Anak2 aku dah tak taulah berapa kali round dah diorang pusing pasal mamanya tak habes-habes lagi membeli

Sedang aku menelek-nelek gula-gula untuk anak aku
Tiba-tiba...

Faris: "Mama nah.."
Apekah benda alah itu???
Haaa...amekkau
Aku dah terkebil-kebil dah tengok Faris
Sorang mamat ni plak macam tak berkelip tengok kami anak beranak

Aku dengan muka tebal cakap kat Faris
"Mama tak nak..Pegi letak balik"

Tau ape dia jawab balik kat aku????

Faris: "Nah la...abang dah ambikkan ni...Nanti mama darah"

Erk.....krik krik krik krik

Terus aku pegi kaunter bayaran dan cabut..huhu..
Malu giler aku..
Mamat tadi masih terpaku plak tuh...
Hadoyai....




Tuesday, 17 September 2013

Lagi Kes Pecah Rumah

Rasanya baru je haritu rumah aku kene pecah
Tup tup hujung minggu tadi rumah Along aku pulak kene pecah dekat Mahkota Cheras

Kitorang semua balik kampung hujung minggu tadi
Kakak aku gerak balik hari Jumaat petang
Tiba-tiba hari Sabtu malam jiran Along aku call tanya ada kat mana
Motif????
Sebab dia nampak pintu rumah kakak aku ternganga tapi rumah gelap gelita

Malam tu jugak abang ipar aku gegas balik KL sensorang
Sesampai je...
Memang sah kene pecah..

Sampai berlubang diorang kerjakan grill umah Along aku
Barang-barang yang hilang termasuklah Laptop, Tab & TV LCD baru beli..huhu
Nasib baik barang kemas Along aku diorang tak jumpa
Kalau tak jadi la cam aku...huhu..

Tiap kali terkenang gelang nikah aku tu stress + sedey..hukhuk







Sunday, 8 September 2013

Selamat Hari Lahir buat Faris

Minggu yang memenatkan walaupun tak keluar kemana
Niat nak bawak budak-budak keluar sempena birthday Faris
Tapi Faris & Amni dua-dua tak sihat
Demam, muntah-muntah dan cirit-birit

So,En. Suami belila kek kecik jer..
Tanggal 8 September genapla umur Faris 3 tahun
Posing sikit dengan cake..
Sempatla Faris posing kejap
15 minit kemudian...
Kesian Faris..
Tak larat sangat dah dia
Suruh makan kek sikit pon dia tak nak :(

Semoga cepat sembuh sayang
Mama doakan Faris jadi anak yang bijak dan soleh..
Amin...










 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink